Hari ni aku BW kat belog2 list aku. Terjah punya terjah... so aku terjah ler kat belog Percubaan Pertama .... dan dari situ lah aku tau, yang Incik Ady Budika ada wat Contest (Klik sini utk ke belog Ady Budika)
Tetiba cam excited lak nak join sebab nampak Mr Froogy tu hah... nak yang tu sebagai hadiah buleh? hehehe.....
Untuk GA ni, sure lah kena follow syarat2 nya kan.... Sila rujuk SINI
Utk contest ni, Ady Budika tak mintak letak gambar sendiri, anak, suami, boperen, jiran sebelah umah...atau sewaktu dengannya... yang Ady minta adalah cerita tentang Kehilangan Paling Terasa Dalam Hidupku..
Jap pk.. ada ke? haha....rasa mcm byk je... hehe... tp jap...pk yang mana satu aku nak citer kat sini. Ermmm... yang betul2 bagi kesan teramat mendalam kat aku lah yer.....
Kehilangan yang paling aku terasa dalam hidup aku dari dulu sampai skang...bila aku kehilangan abang aku yang ke 3. Membesar bersama adik bradik dalam suasana kasih sayang yg betul2 erat...membuatkan kami adik bradik sangat2 rapat. Baik lelaki mahupun perempuan.
Abg aku yang ketiga tu aku panggil dia dengan gelaran Alang. Alang ni jenis otak giler2... sangat2 suka menari terutama break dance (maklumlah time tu zaman break dance meletop2...)... sangat2 pandai dan agak nakal. Masa alang kuar dari Vokay dulu.. ada satu company jepun offer dia keje dengan jawatan dan gaji yang amat tinggi. Alang sangat2 pakar tentang mesin2 dan jentera2... malah seandainya motor dibaraikan satu2 partnya... alang dengan silamber boleh memasangnya.... yes, dia mmg bijak...
Tetapi sebab dia muda lagi time tu, keje yang dioffer, ditolak mentah2. Dia lebih suka hang out dengan kawan2. Kadang2 yang buat kelakarnya, bila alang balik lewat kerumah iaitu selepas jam 12 malam, dia HARUS tido di garaj. Mak garang oooooo..... Tapi alang dah biasa kena tidur kat garaj umah. hehe
Walaupun alang jenis yg suka hang out ngan kawan2 dia..tp dia tetap tak menyusahkan kami sekeluarga. Dia selalu bantu mak ayah. Ye...kami mmg bukan dari keluarga yang senang...tapi alhamdulillah, kasih sayang yang melimpah ruah, membuatkan kami tetap bahagia.....
Sehinggalah suatu hari............
Mak datang ke skolah aku. Time tu aku darjah 6. Tiba2 cikgu cakap aku buleh balik...... pelik gak. Rupa2nya, alang accident. Cuma aku tak risau sbb aku pk, dia accident mcm sblm2 tu....
Aku silap, kecederaan alang, sangat2 parah. Dia accident tika hendak ke tempat kerja. Ada sebuah kereta membuat pusingan U turn di simpang 3. Alang yang datang dari selekoh mmg tak nampak apa yg menunggu di depannya. Dia berlanggar dengan kereta itu dan melambung jauh keatas sebuah kereta lain sblm terjatuh dijalan......Tapi kami tetap mengharap dia akan pulih seperti biasa....dan sebelumnya. Kami semua tak bersedia utk kehilangan orang yang tersayang..
Tapi janji Allah, tak pernah lewat pun walau sesaat.
Tika penukaran bilik atas permintaan keluargaku, abg sulung, kakak dan mak aku ada bersama. Sempat jua mak bisikkan pada telinga alang yang mak telah menghalalkan segala2nya termasuklah setiap titis susunya. Abg sulung dan kakak aku lak telah memohon maaf bagi pihak kami adik beradik smua....Dan tika itu, hanya air mata alang mengalir menggantikan suaranya. Menurut doctor, tengkorak kepala alang retak, mata dan anggota badannya yang semua tak berfungsi. Sekiranya hidup, akan cacat seluruhnya. Dan alang hanya mampu mendengar sahaja.
Tidak dapat aku bayangkan perasaan alang tika itu... Ya, mgkn dia hanya menunggu bisikan suara mak aku utk meredhakan pemergiannya...... semasa dalam perjalanan menukar bilik tu, abg sulung ku dah rasa kaki alang sejuk.
'mak kaki adik dah sejuk mak'...
tapi mak aku senyap je...
sampai bilik, doctor memeriksanya dan Innalillahhiwainnalillahhirajiun... Alang telah pergi buat selama2nya.
Tiada lagi bunyi deruan motor alang. Tiada siapa lagi yang akan memujuk mak dengan tarian breakdance... Tiada lagi alang yang buleh mengajar kami menari...
Tiada lagi alang yang suka menyakat...tiada lagi alang yang suka kacau kami main getah.....
Ayah tiba2 kena strok lepas beberapa minggu alang pergi... dia asik terkenangkan anaknya itu.... Mak pula, pada hari pengkebumian alang, tiada setitis air mata pun yg menitis....aku pk mak kuat..tapi rupanya, malam itu, mak menangis semahunya. Mak kata patutlah sebulan sblm tu perangai alang berubah sama sekali.. alang ada jumpa mak dan mintak maaf dengan mak secara tiba2... katanya jika dia ada buat mak kecik ati atau menangis, dia mohon ampun. Dia pun nak berubah. Nak kawen. Dia berusaha gigih bekerja siang dan malam utk simpan duit.Mak kata alang genggam tangan mak dan menangis.Mak tak tau nape anak mak yang suka tergelak tu jadi macam tu. Rupa2nya......dia nak pegi tinggalkan mak... Dan kami adik bradik? siapa saja yang matanya tidak bengkak? kering sudah air mata kami...dan lebih sedih, Kak Junita, bakal tunang alang dari sehari ke sehari menampakkan kelainan. Dan akhirnya, menjadi tidak betul. ..bayangkan, tika saat itu umurnya baru je menginjak 21 tahun.....
Sehingga ke saat ini, kami smua masih mengingatinya...dan merindu Alang... walaupun dah 20 tahun hal tu berlalu, tapi ingatan pada alang tetap segar.. Ayah dan mak terutamanya. Aku pulak, since alang pergi, aku mmg fobia menaiki kenderaan..baik kereta atau motor. Entah. Aku takot sangat2. Tak tahu kenapa. Tapi alhamdulillah, aku dah dapat atasi rasa takot tu bila bertemu dengan suamiku. Syukur. Namun begitu.... alang tetap diingatan. Dan kesan dari kematiannya, benar2 mendalam pada diri aku dan jugak keluargaku....
Smoga Allah mencucuri rahmat keatas arwah alang - Jeffri Johari....dan semoga dia bahagia disana. InsyaAllah. Amin.
ps... aku cuba memendekkan cerita...kerana nak cepat habis menaip. Sebab takot empangan pecah...maklumlah...emosi terganggu ...huhu
semoga insan tersayang ditempatkan bersama insan2 bertqwa....
ReplyDeleteSalam new blogger
jom singgah blog saya
http://zubir5588.blogspot.com
\segala komen dan cadangan adalah amat dialu-alukan...tq
Salam...
ReplyDeleteTerima kasih.... InsyaAllah, Arwah bahagia disana...
Terima kasih jugak sebab sudi membaca blog saya...